Saturday, 1 January 2011

Selamat Tahun Baru 2011


Selamat Tahun Baru 2011 kepada pengunjung my blog site.Semoga azam baru seiring tahun baru.2010 telah sehari meninggalkan kita dgn seribu kenangan suka dan duka.2011 merupakan titik tolak perubahan angka 2 kepada 3 bagi penulis blog ini.Apa yang dimaksudkan ialah daripada umur 29 kepada umur 30.satu angka bukan 20 an...tetapi awal 30 an.

Tahun berganti tahun,usia semakin meningkat,perubahan topik perbualan sesama rakan sering berubah...zaman SPM kita sering berbicara kamu dapat berapa aggregat,melangkah ke alam universiti topik kita berkisar brp CPA,GPA yang kamu dapat,berapa subjek yg kamu drop.Tamat pula di alam kampus topik kerja yang diutarakan seperti kamu kerja kat mana,yang dah bekerja pula,cari pasangan hidup dan topik kita pula beralih kepada suami atau isteri org mana,bila nikahnya...sejurus lepas itu,berapa dah anak sekarang...masa terus berlalu dan perbicaraan yang tak berapa nk dikatakan...si pulan ada lagi ke....( meninggal dunia ke )....dah jd arwah( bagi yg umur panjang).

Jesteru itu...bersamalah kita bersiap sedia ke arah tersebut.ajal maut di tangan Tuhan.Buat rakan seperjuangan yang mengenali diri ini....kemaafan dipohonkan dari hujung rambut sampai hujung kaki.Amin.

No comments:

Post a Comment